Ultra Seven

Ultra Seven
Fail:Ultraseven-title.jpg
FormatCereka sains, aksi, pengembaraan
PenciptaTsuburaya Productions
Dibintangi oleh
Koji Moritsugu, Shoji Nakayama, Yuriko Hishimi
Negara asal Jepun
Bilangan episod49[1]
Penerbitan
Tempoh siaran24 minit (per episod)
Penyiaran
Saluran asalTBS
Siaran asal1 Oktober 19678 September 1968

Ultra Seven (ウルトラセブン, Urutora Sebun) ialah adiwira fiksyen yang ditampilkan dalam rancangan TV tokusatsu yang sama namanya. Dia julung kali muncul dalam Ultra Seven (Siri Ultra yang ketiga dan kedua yang menampilkan makhluk Ultra), iaitu siri TV SF tokusatsu terkenal yang pernah disiarkan di TV Jepun pada tahun 1967. Susulan kepada Ultraman oleh Eiji Tsuburaya ini menjadi antara siri TV fantasi yang terhebat di Jepun. Ultra Seven dianggap sesetengah pihak sebagai balasan Jepun kepada Star Trek: The Original Series, dan Siri Ultra terbaik sepanjang zaman, sehingga wira Ultra Seven (atau cuma 'Seven') sendiri telah muncul dalam hampir setiap Siri Ultra selepas siri sendirinya, sekaligus meraih lebih pendedahan berbanding Ultraman yang asli (itupun tidak boleh dinafikan bahawa Ultraman asli merupakan "wajah" segala Ultra).

Ultra Seven kadang-kala disalah sebut "Ultraman Seven" oleh banyak sumber di luar Jepun. Nama Ultra Seven boleh dieja Ultraseven (tanpa jarak).

  1. ^ Episod 12 diharamkan di Jepun gara-gara makhluk yang ditampilkan dalam episod ini digambarkan sebagai makhluk yang cacat akibat kesakitan dan kecederaan sinaran radioaktif, yang dikhuatiri menyinggung perasaan mangsa bom atom di Jepun yang terselamat ketika Perang Dunia II. Secara rasmi, Tsuburaya Productions enggan mengakui kewujudan episod ini. Namun begitu, episod ini pernah disiarkan di negara lain.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy